Congratss My Bro..



Assalamualaikum w.b.t...

Perghh!! Macam nak tulis surat tak rasmi pon ade..ekeke. 11 Mei 2013 yang lalu telah berlangsungnya majlis pertunangan abang aku dengan pilihan hati beliau. Abang aku ni baru nak masuk umur 23 taon dah nak bertunang, partner die lak 22.. ape-ape pon biarlah kerja yang baik takkan nak ditangguhkan pulak.. Kemain lagi hantaran untuk pihak perempuan semua di sponsor 100% oleh mamaku. Almaklumlah anak sulung katakana. Bab cincin tu abang aku yang kuar an bajet, katanya dia nak beli sendiri untuk tunangnya tu nak bagi ade moments katanyaaa..hehe

Kiteorang pergi untuk bertunang teros kerana ayah belah pihak perempuan suruh datang pinang teros takde majlis merisik bagai. Disini kami di pihak lelaki teramatlah berbesar hati.. Kenapa?? Yelah coz kat situ kiteorang dah jimat kos untuk beli cincin merisik. .hehe. Bukan ape, sesetengah adat kita pergi merisik pon kena bawak cincin dan beberapa hadiah sket sebagai perkenalan untuk pihak perempuan. BTW seperti yang korang tau, kiteorang takde la sesengkek mane atau kedekut tapi kiteorang (kedua2 famili) hanya ingin memudahkan urusan coz “my bro & myfuture sis” tu dah lama kenal sejak abang aku study kat KB la. Maybe percintaan dieorang dah masuk 8/9 taon agaknya. Dah lama an.. So dah kira kenal sangat la tu..hehe.

Semasa majlis bertunang tu kiteorang pergi dengan beberapa famili terdekat dan jiran je. Yela dah nama pon bertunang takkan nak angkut bas bawak satu kampung, kalau kahwin lain lak citer nyee..hehe. Nak dipendekkan cerita wakil pihak perempuan bersetuju untuk menyerahkan kepada “my bro & my future sis” untuk berbincang mengenai soal hantaran dan tarikh untuk wedding. Tengok, so simple... Lepas tu upacara sarung cincin dan photoshot.

Aku duk tengok jam dari tadi, perut ni dah buat konsert kpop bagai.. Bila tuan rumah dah jemput makan, apalagi bukak langkah seribumenuju ke khemah menjamu selera (muke tak malu.,)haha. Yummy!! Korang nak tau ape main dish yang dia.. mmm.. ade ayam percik, gulai daging kawah, ayam masak merah(feveret), gulai nanas ikan kering. Side dish lak ade Kerabu nangka, tereset batang pisang campur paru(lebih kurang kerabu tetapi berkuah sedikit) dan acar timun campur. Manakala, untuk dessert lak ade tembikai, honeydew, apam polka dot, agar2 pandan, agar2 coklat, sira labu, kuih ketayap dan macam lagi. Banyak giler makanan.. Heaven2..hehe. Kalau korang semua nak tau future in law abang aku ni bukak catering, so tak hairanlah macam-macam juadah ade. Aku ape lagi kasi bedall laa...hehe

Ape-ape pon congrats my bro!! Ko tak lame lagi dah nak kawen.. Aku harap ko sampai ke jinjang pelamin dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Aminnn..


#mybro:hensem walaopon songkok senget baju x same kaler..ekeke, #myfuturesis:beautiful,gojes,cute..;D*kelip2mata, #myhottestmommy n mama sis

#theAWESOMEcakes #yummy #chocolate_cake #myfeveret..^_*
#hadiah untuk pihak perempuan #handmade #Pinky #Gorgeus #Loikeess


Comments

Popular Posts